Tidak dinafikan kita terlalu mempunyai banyak komitmen sehingga ada kalanya kita terlupa kata laluan untuk log in Windows. Ataupun bukan kita tetapi kawan kita, adik kita, abang kita mahupun sedara mara ataupun sesiapa sahaja yang memerlukan. Kalau tolong orang kan dapat pahala heeehehe. Caranya yang terbukti berkesan dan mudah ialah dengan menggunakan Ophcrack. Anda memerlukan sebuah komputer lain yang boleh digunakan seta sebuah CD kosong dan juga DVD Writer.
1) Mula mula dapatkan software Ophcrack dari laman berikut:
Sila klik sini
2) Pilih berdasarkan sistem operasi bagi PC yang anda hendak cari passwordnya.
3) Download akan bermula
4) Buka fail tadi selepas selesai download dengan menggunakan Nero dan burnkan ke dalam CD macam biasa.
5) Masukkan CD ke dalam PC dan restart komputer anda.
6) Anda akan dihadapkan dengan skrin berikut. Ambil pilihan pertana.
7) Selepas selesai loading dari CD, Ophcrack akan memulakan proses pecah masuk password secara automatik. Sekiranya berjaya, password akan ditunjukkan seperti dalam gambar.
Selamat mencuba ;)
No comments:
Post a Comment