13 Nov 2012

Panjangkan Jangka Hayat Bateri

    



      Bateri laptop, sama seperti semua bateri rechargeable, mempunyai keupayaan kitaran cas-nyahcas yang terhad. Purata kitaran adalah lebih kurang 500 kali. Lepas 500 kali kitaran bateri tu tak boleh nak on lelama dan perlu diganti baru. Ni punca utama kes2 bateri kong. Jadi sesaper yg slalu tutup adapter pas bateri penuh tu, standby ler duit beli beteri baru.. hehe.

     Jenis bateri yang digunakan dalam laptop ialah Li-ion. Sifat bateri Li-ion ni,akan mengalami penuaan dari saat keluar kilang. Walaupun beteri tu baru dan plastik pun lom bukak lg tp kalau dah 5 tahun terperap kat kedai tu same lah mcm bateri secondhand. Cepat atau lambatnya degradasi bergantung pada cara penyimpanan bateri.

     Untuk tahan lebih lama, cabut bateri dalam keadaan 50% charged dan simpan dalam suhu sesejuk yg boleh. Tapi jgn ler simpan dlm peti sejuk lak, silap aribulan nanti air masuk dlm bateri.. kang naya jer.. hehe.

     Kalau ader laptop Sony Vaio atau Dell , x perlu susah2 cabut bateri, settingkan aje dekat Battery Meter tu untuk disable charge takat 50%..

Senarai Program Membanteras Virus Percuma Yang Terbaik Untuk Windows XP/ Vista / 7 / 8

     Zaman saya belajar dulu2, disket masih diguna pakai. Bagi student yg agak bernasib baik kerana punya PC dan printer sendiri, mereka tidak perlu berkongsi komputer untuk buat assignment. Jadi kebarangkalian untuk hilang data disebabkan ancaman virus dan disket kotor adalah hampir-hampir 0%. Macam saya pulak perlu ke cyber cafe kolej untuk print assignment. Biasanya saya bawak 2-3 disket. Bukannya apa yg  lg 2 disket tu backup sbb selalu sangat file corrupt bila masuk disk kat PC printing tu. Bunyi dalam drive bagai nak rak masa open file. Tunggu punya tunggu lepas 2-3 minit keluar mesej "Disk read error" ataupun "Virus found". Dah tu software antivirus yang ada kat PC tu pun hampeh, selalu assignment2 saya dideletenya bila ada virus. Terpaksalah balik rumah semula untuk copy balik, tupun kalau ada salinan, kalau x menangis x berlagu lah jawabnya. Kalau nak tau, brand antivirus yang hampeh tu adalah Norton. Kalau ade Norton Antivirus kat laptop tu pakat-pakat lah uninstall cepat ye hehe.
    
     Sepanjang pengalaman saya berkomputer, ada 2 jer jenama antivirus percuma yang x pernah kuciwakan saya. Dan pemenangnya ialah (jeng jeng jengggg!):

#1: AVG Free 2012

     
     AVG Free ni saya minat tang user interfacenya yang modern look and feel gitu. Lagi satu  Auto-Protect function die memang power. Virus-virus yang terlepas oleh antivirus Nod32, Avast dapat ditangkapnya serta-merta. Kalau ade dokumen2 yang dah terkena virus tu pun AVG boleh merepair nya.

#2: Avira Free 2012


     Kelemahan Avira ni kadang2 lambat sikit detect dari AVG sampai virus dah loading, sempat lah 2-3 fail lain dijangkitnya. Tapi memang jarang yang teramat sangat jadi camtu. Biasa jadi kat komputer yang slow jer. Kalau Core i3 xde masalah punyer.

12 Nov 2012

Sygic Aura (Software GPS untuk Android)



     GPS yang terbaik di Android! Walaupun masih tidak mempunyai funsi "rerouting" yg selancar Ovi Maps di Nokia 5800 ataupun liputan kawasan sebaik Malfreemaps, namun tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak input dari pengguna lain yang menambahkan mercu tanda dalam GPS ini. Setakat nk cari kedai makan atau 7 Eleven yg berhampiran alhamdulillah tiada masalah.

Download dari Mediafire:

Tablet Android Bawah RM300 Yang Terbaik Untuk Surfing Facebook

     Antara jenama tablet semurah RM300 yg terpantas dengan sokongan Adobe Flash 10. Kalau hendak tablet untuk surf Facebook, main Cafe World dan Farmville elok guna table ni sbb RAM die 1 GB dan harga pun murah.


Spesifikasi penuh:


Anda boleh beli secara online di sini:

Bermain Game Starcraft 2 Dengan Core i3 / i5 / i7 Sandy Bridge

 
 

       Intel telah mengadakan demonstari bagi keluaran chip mikroprosesor laptop Core-i yg disertai teknologi  GPU HD Graphics 3000. Grafik Processr ini membolehkan permainan video yg mempunyai grafik seakan-akan  realiti dimainkan pada kadar pantas tanpa menggunakan peranti pihak ketiga dari ATI / AMD Radeon dan Nvidia Geforce. Ini bermakna anda tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk laptop baru kerana dengan harga dari serendah RM1399 anda sudah boleh memiliki Core i3.


Demo Starcraft 2 dengan HD Graphics 3000

Spesifikasi Ipad Mini Dan Ipad 4




Setelah sekian lama saya menantikan model Ipad yg bersaiz poket, akhirnya Ipad Mini telah dikeluarkan oleh Apple pada minggu ini bagi pengguna tablet. Belum ada lagi maklumat tentang tarikh pelancaran di Malaysia setakat ini.


 Spesifikasinya berbanding Ipad 4th generation:

Angry Bird Untuk Android

 
Satu-satunya game terhebat yg pernah dikeluarkan untuk Apple Iphone / iOS dan for Android.

   Dalam Angry Birds, pemain mengawal sekawan burung beraneka warna yang cuba merampas balik telur-telurnya yang dicuri oleh segerombolan khinzir hijau yang durjana. Di setiap tahap, khinzir-khinzir ini berlindung dalam struktur-struktur buatan pelbagai bahan seperti kayu, ais dan batu, dan objektif permainan adalah menghapuskan semua khinzir dalam setiap satu tahap. Dengan menggunakan lastik, pemain melancarkan burung dengan tujuan sama ada terus melanggar khinzir atau meruntuhkan struktur sehingga runtuh dan menghempap khinzir itu sampai mati.. Dalam sesetengah tahap, benda-benda tambahan seperti tong letupan dan batu-batan disediakan sebagai bantuan kepada burung-burung intuk menghapuskan khinzir yang sukar dicapai.

   Kesemua versi Angry Bird untuk Android boleh di download dari sini : Mediafire ataupun dari Android Market / Google Play melalui Wifi / 3G di smartphone.