Free Download Manager ialah sebuah program muat turun yang komprehensif. Jika anda seorang yang kaki download, semestinya anda pernah berhadapan dengan kebengangan apabila filem atau Korean drama yang anda sedang muat turun terhenti separuh jalan, sudahnya anda terpaksa mula balik dari awal. Ini kerana Firefox mahupun Chrome tidak menyokong fungsi menyambung semula muat turun dengan sepenuhnya.
Berbanding dengan Download Accelerator Plus, Free Download Manager tidak akan berhenti beroperasi setelah tempoh percubaan tamat. Dan jika sesetengah laman web tidak membenarkan anda menggunakan pengurus muat turun, anda boleh pilih batal dan berbalik kepada alat download yang terbina dalam pelayar Internet, di mana Download Accelerator Plus tidak membenarkannya.
Klik pada link ini untuk download:
No comments:
Post a Comment